Image Banner

PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN SATU SESI 2023

Assalammualaikum w.b.t.

PENGAMBILAN PELAJAR TINGKATAN 1 KAFA MENENGAH PULAU PINANG SESI 2023


Ayuh mendaftar ke KAFA Menengah Pulau Pinang yang berada di seluruh Negeri Pulau Pinang.

Tempat adalah TERHAD.


𝐑𝐄𝐁𝐔𝐓𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐍𝐈 dan maklumat lanjut berkaitan pendaftaran pelajar boleh klik link tersebut :

http://kafamenengah.edu.my/

LAGI

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKASAAN AKHIR TAHUN

Selamat Menjawab Peperiksaan Akhir Tahun KAFA Menengah Pulau Pinang bagi Sesi 2022/2023 kepada pelajar KAFA Menengah Pulau Pinang yang akan menduduki peperiksaan bermula 30 Januari hingga 9 Februari 2023.
 
Pihak YIPP doakan supaya semua calon dipermudahkan dan diberi kelapangan dada ketika menjawab peperiksaan.
Berdoa dan bertawakallah kepada Allah agar kejayaan milik anda.
....................................................................................................
KAFA Menengah Pulau Pinang adalah sebuah inisiatif Pendidikan Islam kepada pelajar sekolah menengah kebangsaan (SMK). Kelas ini digerakkan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) yang ditaja oleh Zakat Pulau Pinang
Terima kasih kepada pembayar zakat!!
LAGI

50 KAFA MENENGAH PULAU PINANG AKAN DIBUKA PADA TAHUN 2023

 
InsyaAllah YIPP akan membuka 50 buah KAFA Menengah Pulau Pinang yang baru pada tahun 2023.
 
 
Program ini akan memberi manfaat kepada lebih 1000 orang pelajar di sekolah menengah.
 
 
Marilah sama-sama berdoa agar usaha ini dipermudahkan untuk memastikan sifar buta al Quran di kalangan remaja Islam di Pulau Pinang.
 
 
Untuk maklumat lanjut mengenai KAFA Menengah Pulau Pinang sila layari: http://www.kafamenengah.edu.my/
 
 
LAGI

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU KAFA MENENGAH PULAU PINANG

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗚𝗨𝗥𝗨 𝗞𝗔𝗙𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 
 
𝟯𝟬 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮 - Sebagai tanda penghargaan pada insan yang bergelar guru, Yayasan Islam Pulau Pinang telah menganjurkan majlis sambutan Hari Guru peringkat KAFA Menengah Pulau Pinang bertempat di Auditorium SIRIM, Bandar Baru Perda. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Abdul Basid bin Ramli, Pengarah SIRIM Wilayah Utara.
 
Majlis ini kemudiannya berakhir dengan sesi Jamuan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Islam Pulau Pinang. Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah Tuan Amran bin. Hazali , Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Pulau Pinang dan Professor Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB).
 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada SIRIM dan semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan majlis ini. Semoga penganjuran majlis ini mampu mengeratkan lagi hubungan dan ukhuwah yang terjalin antara semua pihak.
LAGI

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KAFA MENENGAH PULAU PINANG

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗞𝗵𝗮𝘁𝗮𝗺 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗔𝗙𝗔 𝗠𝗲𝗻𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴
Telah selesai Majlis Khatam Al-Quran KAFA Menengah Pulau Pinang anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang dengan kerjasama qaryah Masjid Al-Hidayah, Jalan Baru, Perai yang menjadi tuan rumah buat pertama kali bagi majlis pada hari ini.
 
Lebih kurang 350 orang yang hadir bagi menjayakan majlis ini. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang dan diiringi oleh Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang, Encik Mohd Fitri bin Ibrahim.
 
Turut dihadiri Ustaz Syed Nazli Bin Syed Ahmad, Ahli Majlis, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Yang Arif Tuan Mohd Fadlan Bin Othman, Hakim Mahkamah Syariah Seberang Perai Tengah, En Ahmad Faizal Bin Mohamad Tahir, Ketua Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah, Supt Mohd Nor Bin Daud, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, wakil dari Zakat Pulau Pinang, wakil dari Waqaf Pulau Pinang, wakil dari MAIMENGAJI.COM, wakil-wakil ketua jabatan, dan Pengerusi-pengerusi Masjid yang melaksanakan KAFA Menengah Pulau Pinang.
Semoga Allah berikan rezeki lagi kepada kita semua kekuatan untuk menggandakan amalan dan terus beristiqamah hingga ke akhir hayat.
LAGI

PANEL HAKIM IHTIFAL SANAWI KAFA MENENGAH PULAU PINANG TAHUN 2022

Yayasan Islam Pulau Pinang ingin mengucapkan setinggi - tinggi terima kasih kepada semua ahli panel hakim yang membantu menjayakan Ihtifal Sanawi KAFA Menengah Pulau Pinang.
Ustaz Dr Hj Mohamad Zaki bin Abdul Halim
Ustaz Ajwad bin Abdul Aziz
Ustaz Mazlan bin Wan Chik
Ustaz Muhammad Mukhlis bin Sabri
Ustazah Nurulhuda binti Dzulkifli
Ustaz Omar Ibrahim bin Khalid
Ustaz Mohamad Syairani bin Mohd Firdaus
Ustaz Talhah bin Mohd Rafdi
Ustaz Mohd Iskandar bin Ismail
Ustaz Yazid bin Saleh
Ustaz Helmi bin Ismail
LAGI

IHTIFAL SANAWI KAFA MENENGAH PULAU PINANG TAHUN 2022

𝗜𝗛𝗧𝗜𝗙𝗔𝗟 𝗦𝗔𝗡𝗔𝗪𝗜 𝗞𝗔𝗙𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗘𝗡𝗚𝗔𝗛 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟮 - 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚
𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 : Ihtifal Sanawi KAFA Menengah Pulau Pinang 2022
 
𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 25 September 2022 (Ahad)
 
𝗠𝗮𝘀𝗮 : 9.30 am - 5.00 pm
 
𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 : Mydin Mall, Bukit Mertajam
 
Program ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang merangkap Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang.
𝗜𝗛𝗧𝗜𝗙𝗔𝗟 𝗦𝗔𝗡𝗔𝗪𝗜 adalah sebuah program yang melibatkan pelajar KAFA Menengah Pulau Pinang dari 11 buah masjid di seluruh Pulau Pinang. Lima acara utama dipertandingkan iaitu pertandingan azan, khutbah, kuiz sirah, hafazan, dan tilawah al-Quran dengan bertujuan mencungkil bakat baru seterusnya membentuk nilai islami dan kualiti anak muda di Pulau Pinang.
LAGI

Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan